Monday, March 8, 2010

Potret Sebuah Cinta - Continue

"So, Karl..saya ada terdengar khabar angin yang kamu ni sekarang ada masalah dengan kawan-kawan sekelas kamu.Betul ke?, tanya Miss Nana spontan.

Karl agak terkejut dengan pertanyaan Miss Nana.Dalam benaknya, macamana Miss Nana tahu tentang perkara tersebut? Aduh..lepas satu, satu masalah timbul.Bermonolog dalaman seorang diri mengingatkan kembali kisah silam Karl yang dilinangi cahaya hitam itu.Masakan tidak, keperibadian Karl agak tercalar dek perangai dua rakan sekelasnya yang berperangai busuk hati.Bayangkan, tatkala dia sedang enak meniti hari-hari bahagia bersama rakan-rakannya yang lain, muncul seorang sahabat yang boleh dikatakan manusia bertopengkan syaitan menggangu hak keperibadian sebagai seorang teman kepada teman yang lain.Kadang-kadang dia terfikir, mengapa perilakunya ditiru? Tanpa dia sedari, butir-butir kecil yang sejuk mula menyentuh pipi.Air mata yang tidak disangka menitis keluar dari kelopak matanya kini....arrgggh!!!! Karl mengeluh!

"Karl? Are you ok?, tanya Miss Nana.
"Ok", jawabnya ringkas.
"Kalau Karl ok, kenapa awak menangis tiba-tiba?
"Tak ada apa-apa Miss."
"Awak jangan nak cuba tipu saya Karl.Saya pun pernah jadi student macam awak jugak.Pernah ada masalah macam awak jugak.So...my adviced, jangan pendam..lepaskan.Awak cuba cari seorang teman yang awak boleh ceritakan masalah awk tu.Faham?" nasihat Miss Nana.

Karl hanya mengganguk tanda faham dengan apa yang diperkatakan oleh Miss Nana.Namun, jauh dilubuk hatinya perihal rakan sekelasnya tetap menjadi satu masalah yang tiada titik noktahnya lagi.

"Karl? Apa yang awak menungkan lagi tu?, tegur Miss Nana.Melihat tingkah laku Karl yang dari tadi asyik termenung menimbulkan persoalan dibenaknya.
"Tak ada apa-apa Miss.Hermm.. Miss aya minta diri dulu ye?, pinta Karl.
"Baiklah.Tapi, awak jangan terlampau memikirkan masalah yang awak hadapi tu ye? Takut-takut mempengaruhi keputusan peperiksaan awak nanti. Ok? pintasnya.

Senyum dilemparkan kepada Miss Nana, Karl terus berlalu.Sekali lagi dia bermonolog dalaman.

"Apa masalah diorang ni sebenarnya? Persoalan inilah yang tak terjawab dari saat si peon tu menggangu hak Karl.Mengapa diporok perandakan hubungan silaturahim dia dengan rakannya yang lain? Puas ke jika si peon tu berbuat sedemikian? Apa yang dia dapat bila buat aku macam ni? Badan Karl mulai mengigil.Kalau diikutkan hasutan syaitan, mahu saja dia menumbuk muka si peon tu.Tapi, Karl masih punya akal fikiran.Fikirnya, dia bukan seperti si peon tu, ikut perangai syaitan.Dalam perjalanan Karl ke kelas tiba-tiba......

to be continue

Sunday, February 21, 2010

Potret Sebuah Cinta - Continue -

Ros Farhana mulai binggung melihat perilaku Karl yang sedemikian rupa.Fikirnya, mungkin Karl ada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang kolej.

"Karl?", Ros Farhana atau lebih dikenali sebagai Lala dikalangan rakan-rakannya menegur.Namun, Karl hanya mendiamkan diri.Dan terus berlalu untuk menuju ke bilik kaunselor.
Karl merupakan pelajar Kolej Multimedia.Dia juga merupakan pelajar semester 4.Dengan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Multimedia, dia bercita-cita untuk menjadi seorang peagawai kerajaan.Selain itu, dia juga memasang azam untuk membahagiakan keluarganya dengan memperolehi result yang cemerlang.

"Selamat petang, Miss Nana.", Karl memberi salam.
"Selamat petang, Haikal Hakimi Zuldkarnain.Sila masuk.", balas Miss Nur Syazana.

Karl pun masuk ke dalam bilik dan diminta duduk.Dalam benaknya, hanya terlintas hukuman-hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya.Tapi....

"Eh...eh..jap-jap!!! Aku ada buat salah ke? Hmmm...xde rasanya.Dah tuh, napa pulak la Miss Nana panggil aku? Dah tu, suruh si Lala pulak tu..adoiyai..", berbekalkan pengajaran di sekolah menengah dahulu, otaknya mula berfikir.Tapi.....

>>>>>>>

Sejak dari tadi Miss Nana hanya memerhatikan Karl.Bagi Karl, tidak mengapa.Kalau dah hensem tu, memang ramai yang suka memandang.(Adoiyai perasan pulak mamat ni!!).Namun demikian, pandangan Miss Nana pada Karl bukan semata-mata pandangan kosong.Tapi, berisi!!! Mengapa???

to be continue...

Friday, February 19, 2010

Potret Sebuah Cinta - Continue -

"Hah? Hajat? Ala....", karl mengeluh.

Dalam fikirannya, mereka mesti mahu menyusahkan dia lagi.Buktinya, seminggu selepas orientasi di kolej dulu, Maili dan Sufian mahukan nombor telefon salah seorang penuntut junior perempuan yang paling cantik di mata Karl.Hurmm....hendak tak hendak, terpaksa diturut juga kemahuan mereka.Karl pun telah berjaya meminta nombor telefon dari salah seorang pelajar junior yang seangkatan dengannya.Setelah itu, diberikan kepada mereka berdua.Tetapi, akibatnya...

"Hahaha!!! Baru masuk seminggu, da pandai nak bercinta? Huh? da pandai mintak-mintak number phone girl-girl kat sini! Haha!!! Kau tengok la ni Pian! Mamat peon ni bagi nombor Ros Farhana kat aku!! Haha!!", hilai tawa dan gah-gah perilaku malu yang dikenakan kepada Karl memang tak dapat Karl lupakan.

Dan, diikuti pula dengan kedatangan senior-senior yang mahu melihat sendiri number phone yang diberikan kepada mereka.Aduhai.....malunya...merah padam muka Karl dibuatnya.Dalam benaknya, bukan dia yang mahukan nombor tersebut.Tapi,mereka yang mahukannya.

"Woi hitam! Kau mengelamun ape lagi tu? Kitaorang ada tugas penting untuk kau ni.Siap ada ganjaran lagi tu.....hahaha!!!", kata Mail singkatan dari nama panjangnya Maili.(sambil ketawa)
"Ala....."
"Pe ala-ala? Takde-takde! Nak tak nak, kau kena jugak buat benda ni! Faham?! ", tengking Pian.
"Pape ntah. Tadi tanya nak ke tak nak, Pastu, suruh jugak buat. kuda laut!", Karl hanya bermonolog dalaman.

SELANG SEMINGGU > > >

"Mak, abg dapat tawaran futher study." kata Karl pada ibunya.
"Pe menatang pudur-pudur tu?, tanya Mak Chah pada Karl.
"Hehe...sambung belajar mak..", jawab Karl.Seiringan itu, sebuku penumbuk sulung hinggap dimukanya.Ibunya berang diketawakan.
"Kau dapat sambung di mana?, tanya ibunya.
"hmmmmmm........", Karl tidak terkata-kata.

Memori ini pastinya akan aku ingat sampai bila-bila.Karl.Memiliki kulit hitam manis,perut agak buncit ke depan,berbadan agak montel dan berambut pendek.Sedang dia asyik menelaah pelajaran di library, tiba-tiba.......

"Karl, kaunselor panggil awak..", sapa Lala yang memberikan sedikit kejutan pada dirinya.
"Hah? Kaunselor panggil saya?", menjawab dengan nada terkejut.Seperti mendapat berita kehilangan bantal busuk kesayangannya.

to be continue...

Potret Sebuah Cinta..Bab 1

Angin sepoi-sepoi bahasa menegur lembut tubuh Karl.Lantas Karl menghayati saat itu seakan-akan tiada lagi angin yang seindah itu akan menyentuhnya lagi.Tatkala sedang enak mengelamun....

"Woi gemok!" Terdengar satu suara yang agak lantang memanggilnya.Karl terus berpaling ke arah suara yang lantang itu.

"Arghh...diaorang lagi!ish..!!" bisik Karl dalam hati.

Sayu hati Karl mula bertandang.Masakan tidak, kehadiran Sufian dan Maili pastinya mengundang duga yang teramat.Karl mula mengeluh panjang.Dia mula mengira tapak-tapak kaki yang datang.Kebetulan itu juga, dia mula terbayang semasa hari pertama menjejakkan kaki ke kolej ini.Dek kerana merekalah dia disuruh jalan itik.Bagi Karl, perbuatan Sufian dan Maili amat melampaui batas.Disebabkan mereka, Karl telah dituduh tidak solat berjemaah disurau semasa minggu orientasi.Padahal, Karl menunaikan solat betul-betul dibelakang tok imam.

"Weh gemok! Kau buat apa kat sini?" tanya Maili kepada Karl.
"Tak ada buat apa.Kenapa?"

Maili dan rakan seperjuangannya hanya tersenyum.

"Kenapa?" Karl bertanya sekali lagi.
"Kitaorang ingat nak mintak tolong kau la..boleh?" Sufian menjawab.
"Tolong? Tolong ape? Kalau setakat nak memperbodahkan aku macam kelmarin dulu, aku prefer korang cari la orang lain." dengan spontan Karl membalas.
"Eh,eh..mangkuk ayun ni..aku bagi karang! Bukan la..kitaorang ada hajat la." kata Sufian.

to be continue....

Potret Sebuah Cinta

Kronologi "Potret Sebuah Cinta".

Potret Sebuah Cinta.Pertamanya, pengarang ingin memaklumkan bahawa tulisan Potret Sebuah Cinta hanyalah direka-reka, yang mana,tidak ada kena-mengena antara yang masih hidup mahupun yang telah tiada.Namun demikian,tulisan ini secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan pengalaman dan kisah hidup si pengarang sendiri.

Tulisan Potret Sebuah Cinta adalah mengisahkan kesempitan hidup yang terpaksa dilalui oleh seorang remaja yang bernama Haikal Hakimi.Perjalanan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh remaja yang nama manjanya dipanggil Karl ini, bukanlah kerana kesempitan wang.Tetapi, disebabkan kesempitan ruang untuk mencari secebis rasa kasih sayang dan segumpal darah yang berbentuk hati.Karl lebih merasakan dirinya sering disisih, dibuang dan dikhianati.Baginya, dia tidak boleh menyalahkan takdir.Namun, kabus-kabus hitam yang selalu hadir bagi memporak-perandakan sanubarinya itu, makin lama makin hilang.

Dan Karl? Adakah punya secebis ruang dan kasih sayang bagi dirinya untuk bernafas? Adakah disebabkan 'kehadiran' dirinya membuatkan Karl tersenyum dan ingin meneruskan kehidupan tanpa ragu-ragu? Segalanya terkandung dalam penulisan Potret Sebuah Cinta...

fenomena baru.

salam.hye.pasnie,rku da xkan tulis g psl kehidupan seharian rku,tapi,rku akan rumuskan dalam penulisan rku,satu tajuk - Potret Sebuah Cinta - jadi..rku hrp korg bace..k.thanks.daa~

Wednesday, February 10, 2010

rku rase seronok..


lama gak la rku xon...sebabnya?
internet baru ok kt uma rku...